16 March 2011

.Perempuan Cantik VS Perempuan Hodoh.

Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan cakap : "Woow, ciri-ciri isteri idaman.."
Kalau perempuan tak cantik pendiam,
Lelaki akan cakap : "Eh, tak reti berkomunikasi betul.."

Kalau perempuan cantik berbuat jahat,
Lelaki akan kata : "Mesti ada krisis nih.. kesiannye.."
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat,
Lelaki akan cakap : "Dah la tak lawa, perangai pulak hodoh.."

Kalau perempuan cantik menolong Lelaki yg diganggu,
Lelaki akan cakap : "Woow!Heroin sejati..! "
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata : "Hmm.. Taktik nak ngorat le tu.."

Kalau perempuan cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata : "Ok la..Bagai pinang di belah dua.."
Kalau perempuan tak cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata : "Kesian.. mesti dah kena bomoh lelaki tu!"

Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata : "Buta kayu betul mamat tu.."
Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata : "Patut pun kena reject.."

Kalau perempuan cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap : "Perasaannya halus…penuh dgn kasih sayang.."
Kalau perempuan tak cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap : "Sesama makhluk harus saling menyayangi.."

Kalau perempuan cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap : "Mesti anak org kaya ni.."
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap : "Ntah dato' mana bela ni.."

Kalau perempuan cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan cakap : "Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar.."
Kalau perempuan tak cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan kata : "Sedar pun diri tu.."

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap : "Wah.. caring sungguh.."
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap : "Eleh, nak tunjuk caring la tu.."

Kalau perempuan cantik bersedih hati,
Lelaki akan cakap : "Don't worry, i will make u happy forever.."
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati,
Lelaki akan kata : "Sikit2 nak nangis!! Gembeng! mengada2.."

kalau perempuan cantik masak,
Lelaki akan kata : "Dah la lawa, pandai masak pulak tu.."
Kalau perempuan tak cantik masak,
Lelaki akan cakap : "Ntah sedap ke tak masakan dia tu.."

Kalau perempuan cantik main2 miss call,
Lelaki akan kata : "Takpe, rindu la tu.."
Kalau perempuan tak cantik main2 miss call,
Lelaki akan cakap : "Ko ni takde keja lain ke…? sibuk ni tau tak..?"

Kalau perempuan cantik hantar2 email,
Lelaki akan kata : "Sukenya…."
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email,
Lelaki akan cakap : "Asyik2 email dia… boring!!"






1 comment:

Redzuan Mohd said...

Dun wori Pompuan xcantik akan dapat laki yg ensem mcm Johnny depp