10 August 2011

.Juadah Berbuka Puasa PERCUMA Warga Putrajaya.

Ok,jangan banyak tanye..
Aku baru jumpe info ni..hahaa..
Sumber dari SINI


PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya akan mengadakan program Maidatul Al-Rahman yang konsepnya menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma untuk semua penduduk di sini sepanjang Ramadan ini.


Ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, program yang pertama kali diadakan itu penting bukan hanya untuk mengeratkan silaturahim sesama penduduk, tetapi juga bagi menyemarakkan lagi amalan bersedekah.

Beliau berkata, ia juga sejajar dengan arahan Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam yang mewajibkan setiap wakil rakyat dan ketua bahagian memberi tumpuan sepenuhnya kepada program keagamaan sepanjang bulan puasa ini.

“Program ini dibahagi kepada dua kaedah iaitu pertama kita menyediakan juadah berbuka puasa di Medan Selera Presint 8 untuk 200 hingga 250 orang sehari.

“Kedua, saya selaku Ahli Parlimen Putrajaya akan mengedarkan juadah asas berbuka puasa kepada setiap penduduk di sini mengikut blok kediaman,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah Surau Presint 14 di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Komuniti Presint 14, Datuk Dr. Ismail Ibrahim.

Pada majlis itu, UMNO Bahagian Putrajaya menaja 300 naskhah akhbar Utusan Malaysia yang diedarkan pada majlis pecah tanah itu.

Sehubungan itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO memberitahu, pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan penduduk untuk menjayakan program itu.


p/s : sape-sape RASA nye sokong yg bukan UMNO..
takyah laa nak dtg..hehee..wat malu je..
time makan je dtg,time membangkang..kemain lg..upsss..!! im sory..:)


nota percuma : 

ehehee..aku tak pernah kot makan FREE kt putrajaya ni..
whoaaa,mcm teruja je nk makan free..
almaklom laa..kat sini sume nye adelah berbayar.. :D






5 comments:

Lovely Fieyza said...

hahaha.. utk penyokong umno je yer? takper la nad.. kite kan bg kt semua.. tak memilih.. bukan mcm parti laen..

cendawanpink said...

fieza : ahahaa..tau takpe..tu pon msih lg ade yg xpuas ati..haishh..aku mmg xminat politik kot..:P

Miss Tasantek said...

hahaha..ada benda freee jua akhirnya di sini kan nad. weE...

cendawanpink said...

tasa : ehehee..tau tkpe..yok serbuuuu..:D

muhammad saufi said...

2015 ada buat lagi x mkn free? lapar da ni, poket kering, klo ada balas la yerk. selamat berpuasa