15 September 2011

.Surat Utk Si Pemilik Tulang Rusuk.

Assalammualaikum ,


Hye awak! :)


How are you ? Saya harap awak sihatlah hendaknya ya. I pray for ur happiness , always u know...Semoga awak tengah seronok gembira, tengah senyum - senyum.I'm fine here. Mood raya still ON. So hows ur raya? Hope takde kes putus jari tangan kaki semua ok. Uishhh!


Have you been dreaming bout us? I mean like bila time - time raya ni , one day nanti kita akan raya sama - sama , pakai baju warna sedondon, pergi raya sama-sama. So cute haa? Hehehehe.. Bercakap pasal raya , tetiba saya rasa cuak. Yelah , nanti kalau kita dah hidup sesama mesti raya nak kena bergilir - gilir , tahun ni rumah saya , pastu raya kat rumah awak pulakkan, then rumah saya semula , pastu rumah saya lagi ,pastu rumah saya sekaliiiiiii lagi , then baru raya rumah awak balik. Eyh takdelah , gurau je ;) First time raya kat rumah awak mesti saya rasa gelabah semacam. Ibu selalu cakap saya suka buat kerja lambat & kalau saya ada mak mertua, mak mertua mesti marah sebab dapat menantu slow motion macam saya. Ermmm awak rasa mak awak akan marah saya tak??

Katakanlah nanti kalau family awak kurang senang dengan ke-siput-an-babi-an saya , awak backup - backuplah saya tau! Dulu saya selalu nampak ayah backup ibu kalau ada orang mengata ibu. So saya nak awak macam tu jugak. Tak salahkan backup wife sendiri. Wife?? Alahhh malunya! ;p

 
Bercakap pasal ayah , awak pernah dengar tak orang cakap "Every girl will marry her father" ?. Hurm saya bukanlah nak awak ikut sebijik - sebijik perangai ayah saya , yelah , awak mesti ada character sendirikan. Character yang buat saya jatuh cinta kat awak *malu!*.Tapi saya betul-betul berharap sangat biarlah ada sikit perangai ayah kat diri awak. Ayah kita comel. Penyayang , penyabar , understanding , rajin kerja , tak panas baran , ayah kita tak merokok. Awak pun mesti-harus-wajib tak merokok. Merokok tu kan bahaya.. Lagipun kalau awak merokok , awak boleh dianggap sebagai membuat percubaan membunuh saya. Awak nak bunuh orang yang awak sayang ke ? Tak kannnnnnn :)
Owh tapi part ayah meragam bila sakit gigi , saya rasa awak janganlah ikut. Ya Allah , huru hara nanti!


Awak tahu tak, saya selalu try membayangkan macam mana rupa paras awak ek. Saya ni tak cantik , hitam , gemokkk , pendek , banyak jerawat , so awak mesti hensem kan! Yelahh , orang kata orang yang tak cantik ni akan dapat pasangan hengsem..Weeeeeeee , sukanya! :)


Hahahaha actually saya tak kisahlah macam mana pun rupa awak , hensem ke tak ke kan... tapi saya harap sangat yang awak lagi tinggi dari saya. Bukannya apa wak , nanti kalau nak ambik apa - apa barang yang tinggi contohnya macam kat supermarket nanti senang. Takdelah kes kena panjat rak ke , terkuis-kuis benda tu bagi jatuh kebawah kan... Cuba awak bayangkan , kita berdua terkuis - kuis tin susu tepung 2kg yang tinggi , pastu benda tu jatuh terhempap kepala , haaaaa sakit kan?? Kalau kuis-kuis tisu , kotak tisu jatuh atas kepala takpe lagi , tak sakit sangat , kalau benda berat , mau ke hospital perginya. Tak gitu???


Hahahaha awak jangan marah , kita gurau je. Tak kisahlah awak macam mana pun , asalkan sempurna sihat tubuh badan dah Alhamdulillah. Tapi saya still berharap awak seorang yang tinggi! eyh cop! saya suka lelaki berkacamata. Comel tuhhhhhhhhhhhhhhhh~
Boleh tak nak pasang wish awak ialah seorang lelaki tinggi yang berkacamata?? :)


Seronokkan kalau kita dapat terima each other tanpa compromise. Our life will be so lovely , we love each other for who we really are , as long as we perfect for each other semua jadi bestlahkan.. I'm not perfect , i'm weird. Kuat emo , sensitif gila , susah nak ajak berjalan waktu siang sebab ada "alergic" dengan matahari , moody , penakut lintas jalan , pemalas lipat baju , bla bla bla bla....
Tapi saya tahu , walau apapun , awak sayang saya kan?? Ye , sebab tulah Tuhan takdirkan kita hidup sesama nanti. Awww! ;)


Walaupun saya ni pemalas lipat bajukan awak , saya ni jenis rajin beli hanger baju.. Semua baju yang malas nak lipat , saya sangkut je. So still ok lah what , asal tak bersepahkan.. Then , i can cook!! Orang kata nak tambat hati ehem - ehem dari perutnya . So saya bolehlah menambat perut awak di hujung sudip rumah kita. Hahahaha. Nanti saya masakkan awak lauk Asam Pedas , Kurma , Sambal , Tom Yam and MANY MORE!!!
Haaa nampak tak word MANY MORE tue? nampak?? haaaaa seronokkan? siap ada 3 tanda seruan lagi :)


Sebenarnya takdelah MANY MORE mana pun , tipu je. T____T


Awak....

Kalau kat rumah sekarang ni kan , takde siapa pun yang suka layan saya pasal benda - benda yang mengarut. Takde sape pun yang obses cerita - cerita vampire , cerita magic , lampu kelip - kelip , laut..
Eyh tak!
semua orang suka laut , cuma takde masa je nak pergi laut. Ayah sibuk... Nanti awak nak tak bawa saya pergi jalan - jalan tengok laut selalu? Teringin sangat nak pergi Pulau Sipadan. Saya dah janji dengan Ayu , kalau kita nak pergi bercuti , we will go there. Wehoooo! Ayu ada tag gambar pulau tu kat Facebook, air dia jernih gilaaaaaaaaaa! Awesome! Nanti kita pergi sana tau! tau! tau! :)


Owh! Kalau kita dah duduk sesama nanti, saya nak rumah kita ada kolam kecik untuk Joyah dengan Jonet. Kesian diorang tak dapat nak berjalan jauh. Dah lah dedua gemuk macam saya , then duduk kat akuarium kecik tu je. Kesian kan? Hurmmm bagi diorang seronok - seronok nanti, pastu kita bela sekali ikan kecil kasi diorang berkawan. Ikan kawan dengan Kekura? Erk boleh ke?? layann~ Then mesti best kalau rumah kita "bertanah" kan ?. Nanti kita boleh sama - sama buat mini garden . Tanam pokok tomato ke , sawi ke kan, bayam pun boleh , pokok serai taknak nanti gatal - gatal. Tak pun tanam pokok bunga ros banyak - banyak ke. Weeeeeeeeeeee bestnya! Pastu nanti nak tanam 1 pokok besar kat luar rumah then pasang lampu kelip - kelip kat pokok tu. So malam - malam lepas awak dengan saya balik kerja or terasa mengada - ngada nak makan malam kat luar rumah, kita dorang boleh makan malam bawah pokok tu or lepak - lepak ke kan. Mesti comel!!!

Lagi satu!
sebab saya obses sangat dengan lampu kelip - kelip , saya nak pasang lampu tu dalam rumah & dalam bilik tidur. So nanti bolehlah feel bintang - bintang dalam bilik. Awak suka tak??? Hahaha kita tahu , awak mesti suka jugakkan! :)


Ni saya ada attachkan gambar untuk awak ambik feel pulak pasal "masa depan" kita. Hahaha!


Owh anyway today is my birthday. Just FYI dear. Happy birthday to me haaaaa!
Kalau sekarang kita "dekat" , mesti awak jadi orang pertama yang wish birthday kita kan ? kan ? kan ?
Wahhhhh begitu tinggi ke-berangan-nan patik :)
Eyh ok lah awak , banyak sangat dah kita merepek ni. Nanti kalau kita tulis pepanjang sangat surat untuk awak ni , takut nanti sampai ke tahun depan Aunty Syam tak habis menganjing kang kalau jumpa kat kampung. LOL.

Awak jaga kesihatan , keselamatan , kebahagian , kewangan , ape semua ke-ke-ke ok.
See yaa! :)


SUMBER : BLOG INI



nota aku :
hehee..suke ke-slumber-an ayat blogger ni.. :D
cite nye pon besss gak..








6 comments:

Pupel Liyana said...

hehehe ku baca ku baca

nida tecit said...

igtkn ko yg tulis.
sebab tinggi & bercermin mate. hmmm.. mcm mr.f. hoho

cendawanpink said...

pupel : ahahaa..comel je kn cte ni..:D

cendawanpink said...

nida : kih3..sbb ayat tu laa aku copy paste kt cni..ahakSs.. :D

AINNZ ABIGGAILL said...

hahaha no wonderlah tetiba entry ni byk vieww ;p

cendawanpink said...

ainnz : hehee..tuan punye entry jengah sini..ki3..:D