03 November 2011

.Mengenali Wanita & Cara Jalan.




1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat (jinjit), konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

psttt : ini aku hanye kopi paste je ok..
bace boleh,percaya sukati korang laa..
kalo same tu,betol la kot..huhuu.. :P


nota jalan :

ouhhh..baru kelmarin ade org tegur..

"Nadia,kenape awak tengok bawah?
Tak tengok saya"

errr,aku pon rse mcm bingai-bingai je soklan tu..
bukan aku jalan nengok lantai sbb aku mat pet ok..
bkn sbb aku tgh khayal..hahaa..
sbb aku cenggitu laa..terikot budaya jepon..haitt..haitt..:D
maybe 'selipar ulat bulu gemok' kat kaki aku lebih menarik minat dari org lain kot..hahaa..:D
(nanti aku letak gambo ulat bulu kt kaki aku ok..)





8 comments:

Miss Tasantek said...

kengkang cam aku tade dalam kategori plak kan :P

Hustler said...

Lau yang jenis jalan suka tgk belakang tuh camne lak nad???

cendawanpink said...

tasa : ahahaa..kalo kengkang sbb 'buatan orang' tu aku xsure..kang aku carik lg eaa..hahaa..:D

cendawanpink said...

mawi : kalo tu..cer ko tnye sape yg buat cerita 'jangan pandang belakang..'..ahahaa..

Miss Tasantek said...

tak kena buatan orang pon memang aku kengkang :) hahaha..
yg pasti..aku mmg jln tunduk kepala..dulu kalu berselisih dengan erra fazira polipd, aku tak angkat muka, hanya bila dia dah berlalu aku baru tengok ..cantiknyer...die :)

cendawanpink said...

tasa : hahaa..ko selisih ngn erra fazira polipd mmg x angkat muke..ko kene jingkit kaki bru nmpk muke kn..hik3..:D
jgn mare haa..

ija said...

hehe . . sy tak tahu dlm kategori mane...hehe

cendawanpink said...

ija : hehee..cer tnye kengkawan..sbb diorang leh tgk kite jalan..ahahaa..:D