04 April 2012

.Ketahuilah...

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.


kopi pes dari fesbuk aje.. :)
seseorang yang nombor 5 tu macam sadis kan..
meh tuko hadiah ngn aku..hik3..







5 comments:

Hustler said...

Kenapa kata2 tuh macam bertepek jek kat muka??

cendawanpink said...

mawi : huhuu..part mane tu?

Miss Tasantek said...

nad aku nak print screen ni boleh tak?? nak tampal kat diari aku. mane tau aku mati nanti boleh buat tatapan suami aku...

cendawanpink said...

tasa : ahahahaa..print screen la tasa..tp kalo ko salin pastu ko kasi huruf beso2 lagi bagos..hehee..:D

Hustler said...

Macam semua jek nad. wakakaka